klik2

klik2
nurul syuhadah

Monday, May 30, 2011

Nasihat Singa Kepada Anaknya

http://ban.alukah.net/Banners/Ban_1552/04.gif

مقهور ..!!ْ~

Paksa
…… مجروح..!!ْ~

parah
………… زعلان..!! ْ~

marah
هذه الدنيا بعد الظلام نور..ْ~

Dunia ini selepas kegelapan ada Cahaya.

وبعد الحزن فرح وسرور.. ْ~

Selepad kesedihan ada Kegembiraan dan Kebahgiaan.
ومهما طال الشر الخير بإذن الله منصور.. ْ~

Walaupun kejahatan berpanjangan namun dengan izin Allah Kabaikan akan mendapat kemenangan.
ومهما زادت الدموع بعدها إبتسامة تملىء الأرض أمل ونور..ْ~

Walaupun airmata semakin bertambah namun senyuman dan Sinaran Suria akan memenuhi dunia.
ومهما خرجت الآه بعدها ضحكة تخلي العواذل من الحسد تثور..ْ~
Sekalipun kamu dilahirkan dengan gelak ketawa, namun kamu mesti membasmi hasad dan tikaman yang akan menjatuhkan kamu.
ومهما ضاق الصدر بعدها تعيش بصدر مشروح من الفرح ودك تطير مثل الطيور.. ْ~
Walaupun kamu dalam kesempitan tetapi kamu mesti yakin selepas kesempitan hati kamu akan ceria dan gembira serta bahagia, Kamu akan terbang bebas seperti burung.
ومهما عانيت من الوحدة وفقدت الصديق بعدها تلقى حبيب عن عيونك مايغيب..ْ~
Walau kamu menghadapi sesuatu kesusahan sendirian tanpa teman namun yakinlah kamu akan menemui kekasihmu yang tidak pernah dipandang. ( Allah SWT).
ومن كثر حبكم تجري المياه وتتفتح الزهور.. ْ~
Kerana cintamu kepada semua,seperti air yang berlari maka bunga-bunga akan berkembang…
إذا تأذيت من ناس مايفهمونك ..ْ~
Apabila kamu mengharap kerelaan manusia, mereka tidak akan memahami kamu.(letakkan kerelaan Allah SWT lebih penting).
ابتسم وقول لقلبك ..ْ~

Nasihatilah hatimu untuk sentiasa mengukirkan senyuman.


Tuesday, May 10, 2011

maria@mia-nangis

ingin aku kenalkan kat korang sumer, anak2 buah aku 2 orang ni. nur zahra maria n nur humaira damia. aku sebenarnye ada ramai lagi anak buah, tapi 2 budak kecit ni yang paling rapat dengan aku coz 2 tahun aku duduk rumah kakak aku. maria ni dah 3 tahun n mia pulak setahun. dua2 si kecil ni aku tolong jaga masa kakak aku dalam pantang. pandai la sikit aku nak jaga baby ni. even belum kawin tapi belajar untuk masa depan...hihihihiii

macam2 keletah diorang ni. since aku wat degree aku duk dengan kakak aku untuk memudahkan aku pergi kelas coz kakak aku tu pun keje kat uitm. dari kecik aku duduk dengan maria. pernah 1 hari tu, kakak aku baru jer habis pantang, so....kakak n abg zizi(abg ipar) pergi bandar segamat, nak beli barang baby. maka aku tinggalah rumah dengan maria n adek aku, ikin. beberapa minit lepas kakak keluar, maria mula merengek, aku cuba bagi susu dia x mau, aku angkat bby maria n macam2 lah aku cuba tuk buat dia senyap....malang nya usaha aku dan adek aku tak berjaya. hampir 1 jam maria nangis sampai bibir si kecik ni naik pucat. yaALLAH.....takutnya rasa masa tu.sampai aku and adek aku pun ikut nangis skali.kitaorg xtau nak buat apa. adek try call kakak tapi disebabkan bandar segamat tu jauh dari UiTM, maka lambatla kakak sampai. bila kakak balik n dukung maria, bby kecik ni terus senyap. subhanallah.....rupanya bby se kecik maria yang belum pun 2 bulan sudah pandai mengenal bau mama dia. esok nya sebelom kakak pergi kerja,dia sempat pesan yang baju dia pakai malam tadi ada dalam bilik, kalau maria nangis t aku bagi die bau baju mama dia.

tak habis cerita ni sampai sini jer.... biler maria dah ada adek, mia.....maria dah mula pandai berdikari. dia pun sibuk nak tolong uruskan bby mia. hahhahahaa....comel jer bila tgk maria ni. nasib yang sama menimpa diri aku lagi. mia ni memang kuat menangis sejak kecik lagi. disebabkan aku slalu banyak assigmnt, so aku jarang la nk ikut kakak aku keluar. selalu jugak aku duduk rumah jaga mia biler kakak aku keluar beli barang dengan maria n abg zizi. aku tak risau sebab kakak aku dah pindah duduk bandar segamat, so....dekat je lah pasaraya tu. tapi one day tu, mia ni dah besar la jugak, dah pandai menyarap.....disebabkan mia tido...so kakak decide nak tinggalkan mia dengan aku. baru jer beberapa minit kakak keluar, si cilik ni mula tersedar dari lena. aku pun mengagah mia untuk buat dia ketawa. tapi malangnya, biler dia tersedar, die terus memandang sekeliling. bila dia sedar yang rumah sunyi tanpa suara kakak maria, dia mula menyelar dari 1 bilik ke bilik yg lain. habis 1 rumah dia tolong mop untuk carik kakak, mama n ayahnya. last skali dia pegi dekat sliding door n selak langsir......... terus dia menangis sekuat hati, suara si cilik ni memang mcm loudspeaker lah.mau tak nya, dia perasan yang kereta mama dia tak de, tapi kete ayah dia ada. sampai pn syima(jiran depan rumah) pun boleh dengar. hampir setengah jam jugak la mia nangis. last skali aku decide -amek kunci kete abang ipar, start kete n kitaorg duduk dalam kete tu sampai mia tertidur-

ni lah keletah maria n mia........adek n kakak sama jer. pengalaman aku biler dah ada anak nnti. rindunya sama kamoo berdua..........

_kebun_

mak abah aku ni ambik upah noreh getah kebun pak aji(org kemelah). nak dijadikan cerita, dulu masa kecik2 pernah gak aku ikut gi noreh getah. itu pun boleh kira dengan jari, berapa kali jer aku pernah ikut. yang syok nya....kalau aku pegi, aku n adek2 aku sibuk kutip biji getah nak bawak balik, nanti boleh main batu seremban...heheheheeeee.... bukannya tolong mak abah noreh ker kutip beku ker, t main2 kat kebun tu.

kalau bab g kebun, memang aku la paling malas nak pegi. bukan stakat kebun getah jer yang ada, ada kebun sawit dan kebun buah. lau pegi ramai2 memang la syokkk... lau pegi kebun getah, mesti mak abah pakai kasut "phua chu kang". skang adek jer yang rajin pegi kebun getah. time cuti semester mesti die tolong mak abah kutip ojol. pernah gak masa aku semester 6 diploma, aku n adek aku ni pegi kutip ojol...hahahahaaa...itulah kali terakhir aku pegi, sampai skarang, aku x pernah pergi lagi. masa aku tengah sibuk2 nak siapkan research aku tuk degree....mak aku ada call and suruh aku duduk kampung jer, tolong mak abah noreh.. semangat aku ada la nak g noreh tu, tapi nak wat camner,rezeki yang tuhan bagi...ALHAMDULILLAH..... aku ditawarkan kerja kat tempat praktikal. tak merasa la aku pergi noreh..heheheeee

masa kecik2 dulu slalu ikut pergi kebun sawit, tolong kutip biji sawit yang bersepah. beria2 mengankat "pongkes" yang berat penuh dengan biji sawit. kalau pergi kebun sawit ni tak kene gigit 'cengkiak' memang tak sah. kalau kebun getah mesti kene gigit pacat. cengkiak tu kalau kene gigit memang sakit giler, kompom berdarah. kalau pacat tu kita cuma rasa geli jer. tau2 kaki dah berdarah.

ada satu peristiwa yang kalau aku ingat mesti rasa nak gelak. kak nor aku ni memang la takut giler dengan darah. one day tu die ikut pegi kebun sawit, pastu kene gigit dengan en.pacat. biler dia tengok kaki dah berdarah, apa lagi....hahahahaa...terus pitam kat tengah jalan. yaALLAH...punya la dia takut dengan darah sendiri....kakak oiiiiii.......

kalau musim buah pulak, mmmm...mesti mak suruh adek beradek balik suh ambik buah2an kat rumah. macam2 ade...durian, rambutan,pulasan, manggis(kdg2 jer berbuah)... kalau abang sham(abang ipar) balik kompom die pergi kebun buah kat jambatan redong tu. sampai gondol die petik buah2an yang ada kat situ. kalau tengok la buah2 tu masak ranum, geram jer rasanya. tapi disebabkan pokok sendiri, lama2 muak jugak.
alhamdulillah...merasa jugak kawan2 aku kat uitm segamat tu buah2an yang aden kat rumah aku. rezeki mereka sebab masa tu memang aku suh diorang datang umah. saja nak kenalkan kampung aku "FELDA REDONG".

kalau nak di ikutkan sekarang, malas jer rasanye nak pergi kebun. tapi biler da keje nie rasa cam mesti syokkan kalau ade kebun sendiri, berhasil pulak tu..... insyaALLAH, kalau ada rezeki aku memang nak ada kebun sendiri. moga termakbul impian aku.....amin...

Sunday, May 8, 2011

AKHIRNYA..............

assalamualaikum.....
wah!!!!! banyak betul keje hari ni. pape pun syukur alhamdulillah......
akhirnya aku dah habis wat degree. yaALLAH, gembira sangat rasanya biler thesis aku siap n da hantar pon. rezeki bertambah plak biler dapat continue keje ngan tmpat praktikal "kopetro".

"bukan senang nk senang, bukan susah nak susah". aku dah rasa semua tu. memang betul pepatah ni. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. berkat kesabaran, kesungguhan n semangat yang ada aku berjaya jugak. tapi result aku tak lah gempak mana pon. bukan dapat degree 1st class, tp alhamdulillah.....cita2 aku dari zaman sekolah menengah lagi, sekurang-kurangnya aku mesti ade degree.

skang ni aku mula dari bawah. tak lah request nak keje berjawatan besar2, gaji besar, opis besar, company besar, semualah besar...cukuplah sekadar aku dapat timba pengalaman sebelum aku betul2 dapat kerja tetap.

biler da keje ni.....aduh rindunya rasa nak blaja. campus life memang the best lah. enjoy, lepak2 ngn kawan2, trip...mcm2 lah. patutlah ramai orang yang da keje slalu pesan kat aku enjoy puas2 zaman blaja. haiiiiissssshhhhhh...dulu nak enjoy duit ptptn tu cukup2 makan jer, skang dah keje masa plak tak de.... macam2 lah

yang pasti zaman campus aku memang da lepas...nak sambung MASTER....mungkin...insyaALLAH kalau ade rezki. but now.........i'm working hard and going to find an experience and also suitable job for me.....

at last(akhirnya)......aku berjaya habiskan degree aku yang penuh dugaan and cabaran. aku redha dengan dugaan MU yaALLAH... mungkin itu yang terbaek untuk aku....alhamdulillah, syukur padaMU dengan semua kejayaan and rezeki yang kau berikan padaku...amin....
syukran gak pada family aku yang byk support aku especially my mom, dad, kak net and abang zizi n semua lah adek bradek aku, kawan2 yang byk membantu... jasa kalian sangat di hargai.....SYUKRAN....