klik2

klik2
nurul syuhadah

Monday, June 27, 2011

tAhAjUd CiNtA

Firman Allah Taala: Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkanengkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)

Definasi tahajjud:

Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur

(Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi’i)


Solat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, antara lain dijelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga.

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga.


FADHILAT SOLAT TAHAJUD

1. Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.

2. Mendapat keredhaan daripada AllahSubhanahu wa Taala.

3. Dapat mendekatkan diri kepada AllahTaala.

4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.

5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mncegah

daripada melakukan dosa dan kejahatan.

6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.

7. Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.

8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan

yang tinggi.

9. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.

10. Diringankan hisabnya.

11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.

12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak


source from

http://www.apadmedia.com/tazkirah/lestari-iman/solat-tahajud-fadhilat/

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/14/fadhilat-kebaikan-dan-keistimewaan-solat-malam/

http://amanah2u.com/?p=388


Sunday, June 19, 2011

REALITI KEHIDUPAN : TAK SEINDAH MIMPI

mimpi........mimpi yang di alami dalam tidur atau ketika kita berada dalam keadaan tidak sedar. selalunya mimpi itu memang indah kerana ia nya hanyalah fantasi, mungkin juga petunjuk dalam kehidupan seharian kita.

realitinya kehidupan ini mungkin jauh berbeza dengan mimpi yang kita alami. mungkin ianya hanya mainan syaitan atau mungkin juga ianya petunjuk buat diri kita untuk meneruskan kehidupan dengan memilih jalan yang betul.

indahnya mimpi itu........

kalau sebelum ni kita asyik melihat cerita atau drama di televisyen contohnya sinetron, yang mana hidup hero atau heroin itu sendiri sentiasa di uji. kadang2 hanya kerana perkara kecil, berlakunya persengkataan yang besar. itu dalam sinetron.......tapi tak mustahilkan bila ianya benar2 berlaku dalam kehidupan seharian kita???

apa yang kita lihat, apa yang kita tonton itu sebenarnya banyak memberi kita pengetahuan akan realiti sebuah kehidupan. kita takkan sentiasa gembira, kita jugak takkan sentiasa bahagia. hakikatnya kita di kurniakan dengan pelbagai perasaan seperti sedih, gembira, kecewa dan macam2 lagilah. oleh itu, tuhan nak kita rasa semua perasaan itu supaya kita sentiasa sedar n bersyukur dengan segala nikmat yang telah di berikan olehnya.

ramai yang menyangka setiap perkara yang berlaku adalah takdir yang ALLAH telah tetapkan pada diri mereka tanpa mereka sedar bahawa apa yang berlaku adalah hasil dari setiap perbuatan mereka sendiri.

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri ” ( Surah Ar-Ra’d 11 )

sebenarnya kita perlu berusaha sebelum kita tawakal pada ALLAH atas sesuatu yang kita lakukan. kita tak boleh sewenang2nya menyerahkan segala2 nya pada takdir. kebiasaannya orang akan menyatakan

" bayi yang baru lahir ibarat kain putih, dan kitalah yang mencorakkan mereka"

mengapa tak kita sebut " takdir yang akan mencorakkan mereka?"

setiap yang belaku dalam hidup ini pasti ada pasang surutnya. kita lah yang menentukan jalan hidup yang kita pilih. tapi jangan pernah lupa untuk minta petunjuk dari ALLAH agar jalan yang kita pilih itu tidak menyesatkan kita.

jika kita di uji bukan bermakna berakhirnya hidup kita. sebenarnya dari situlah bermulanya kehidupan kita. bersyukur lah dengan setiap ujian yang ALLAH turunkan dalam hidup ni kerana pasti akan datang kebaikan di sebalik ujian yang kita lalui. hadapilah ujian itu dengan sabar dan tabah, insyaALLAH....... kita kan melihat cahaya disebalik ujian itu.

jangan pernah lupa untuk bersyukur, jangan sesekali menyalahkan takdir dan jangan hanya berserah pada takdir. realiti sebuah kehidupan takkan akan seindah mimpi yang kita lalui.

"KADANG2 ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, DIA DATANGKAN HUJAN PETIR, KITA BERSEDIH DAN TERTANYA2 KEMANA HILANGNYA MATAHARI, RUPA2NYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH"

jangan sesekali berhenti berdoa agar kita dikurniakan kehidupan seindah mimpi kita............

Monday, June 13, 2011

22 Soalan Paderi Dan 1 Persoalan Pemuda Islam

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"

"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"

"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"

"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"

"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman,"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman,"Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Sunday, June 5, 2011

@twinkle-twinkle little star@


aku suka nyanyikan lagu ni kat maria n mia. mungkin sebab lagu ni paling senang kot...hehehehee

dulu masa di tingkatan 3, sesi persekolahan aku sebelah pagi. setiap hari memang kene bangun awal sebab sekolah agak jauh dari rumah n kene naik bus. jarak dari rumah nak ka perhentian bus jugak jauh n kene jalan kaki pergi simpang untuk tunggu bus. biasa nya seawal jam 6.05 aku da kene keluar rumah. dari rumah aku tu aku dah boleh dengar enjin bus dihidupkan disebabkan suasana pagi yang sunyi sepi. kalau dah dengar bunyi enjin bus tu apa lagi, lintang pukang lah aku n adek aku berlari mendaki bukit tuk pergi simpang jalan. pagi2 dah excercise tau...hahahahaa

biler aku keluar rumah awal @ bus pusing belah atas dulu, aku jalan la slow2. satu hari tu macam tak percaya apa yang aku tengok, "tahi bintang"??? mula2 tu macam tergamam lah jugak sebab aku sorang2 pagi2 buta n bintang berekor tu memang jelas kelihatan. biasanya kita cuma tgk dalam tv jer, tu pon banyak dalam cerita cina n korea. mereka percaya bila nampak bintang macam tu hajat mereka akan termakbul. tapi as a muslim, aku tak boleh percaya bende macam tu.


masa 1st time tgk macam tak nak percaya, tapi semakin lama aku slalu jugak terserempak dengan bintang berekor ni. sampai satu hari tu kebetulan aku jalan dengan jiran aku "siti", muncul lah bintang ni n aku tunjuk kat dia suruh dia tengok, dia terus genggam tangan aku dengan muka takut macam orang nampak hantu gayanya..... rupanya dia pun terkejut tengok bintang tu. memang laju n macam ade api kat belakangnya, mungkin disebabkan geseran dengan atmosfera bumi.

lepas dari kejadian tu, sampai hari ni aku tak pernah nampak lagi bintang berekor tu. dapatlah jugak aku tengok bintang tu untuk beberapa kali dalam tahun tu. memang sangat cantik n jelas. sekarang ni kalau duduk kat balkoni rumah sewa yang dapat melihat KLCC dengan jelas, aku harap sangat dapat tengok lagi bintang macam tu. mungkin ia akan muncul pada waktu subuh, sama macam yang aku tengok dulu.........cantiknya bintang itu......

_rAgUt_


aku tertarik untuk menulis pasal "ragut" ni sebab kejadian ni happen depan mata aku sendiri. so, aku share lah dengan semua.

kejadian ni jadik masa aku on the way balik keje. aku singgah la kejap kat kedai burger sebab kawan aku kirim beli burger, aku pun ambik kesempatan beli tauhu daging sementara menunggu burger tu siap. tengah syok2 aku duduk depan kedai burger tu, aku dengar suara lelaki menjerit dengan kuat, apa lagi aku toleh la ke arah 1 kedai makan kat simpang yang memang sentiasapenuh dengan pelanggan.

hati memang tertarik nak toleh coz ingatkan ada orang bergaduh ke apa, rupanya..... seorang remaja dalam lingkungan 20an memakai t-shirt berkolar warna ungu gelap sedang berlari menuju kearah belakang kedai sambil memegang tas tangan berwarna hitam. dan yang lebih mengejutkan aku bila seorang lelaki tua memakai kain pelekat n berjubah putih sedang mengejar peragut itu. lepas tu barulah ramai anak2 muda tolong mengejar dan dipendekkan cerita...........peragut itu tidak berjaya melepaskan diri. apa yang terjadi lepas tu aku sendiri tak sanggup nak tengok, kemungkinan besar si peragut itu dibelasah org sampai lembik. mengikut cerita mak cik kat situ, kalau peragut, perompak , pencuri @ macam2 pe.. lagila, kalau dapat di tangkap memang tak selamat.

kepada kaum perempuan, jika anda sedang makan sila kepit beg tangan anda kerana kecuaian anda akan menyebabkan anda diragut. berhati2 lah di mana jua anda berada.......... 1st time aku tgk membuatkan aku sendiri fobia, so skang ni g keje pon beg bersilang, walaupun aku pakai baju kurung,,,,hikhikhikhikkkk (*_*)