Muhammad Ikhwan Bin Nik Hishammuddin
25 Julai 1997 - 8 Disember 2012
8 Disember 2012- subuh - kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa ikhwan sekali gus meragut nyawa nya.
Baru seminggu lepas dia balik. Seminggu dia n Aiman temankan aku kat rumah.
Even aku keje, diorang duduk jer kat rumah. Malam baru aku bawak diorang keluar.
Tak perasan langsung perubahan yang dia tunjukkan, hanya sekadar menyatakan yang dia nak balik Johor sebab rindu kat kawan2..
{Ni pic mase bersihkan rumah Prof. Muhd Kamil Bin Ibrahim + Pn Raudzah Binti Roslan (Jiran).
Baju ni lah yang aku pilihkan untuk die....}
Selama seminggu dia sempat tolong bersihkan laman rumah kak net, tolong aku bersihkan rumah Prof Kamil, n ade sekali tu die bersihkan rumah kak net. bile balik keje die tanya
"bersih tak rumah ni kita sapu cik da?"
Sempat jugak aku bawak Ikhwan n Aiman tengok movie. Die kata "best la tengok movie. Ni first time kita tengok movie"
Ni pic kitaorang tgk movie "Rise Of The Guardian"
Raya puasa terakhir bersama arwah,sempat dia minta di belikan baju raya kat abah, tapi sebab da malam raya baru nak cari aku lah yang pilihkan baju untuk die.. Pagi raya tu die ber ia2 sangat nak bergambar berdua dengan semua orang...
Dalam sekelip mata jer Allah boleh tarik semua nya kan? tanggal 8 Disember 2012 tak cepat mahupun lambat. semuanya da tertulis di Loh Mahfuzd.......... Allah da pinjamkan dia untuk 15 tahun bersama kami. Kami redha dengan pemergiannya. Moga arwah tenang disana... Alfatihah....








No comments:
Post a Comment