aku tertarik untuk menulis pasal "ragut" ni sebab kejadian ni happen depan mata aku sendiri. so, aku share lah dengan semua.
kejadian ni jadik masa aku on the way balik keje. aku singgah la kejap kat kedai burger sebab kawan aku kirim beli burger, aku pun ambik kesempatan beli tauhu daging sementara menunggu burger tu siap. tengah syok2 aku duduk depan kedai burger tu, aku dengar suara lelaki menjerit dengan kuat, apa lagi aku toleh la ke arah 1 kedai makan kat simpang yang memang sentiasapenuh dengan pelanggan.
hati memang tertarik nak toleh coz ingatkan ada orang bergaduh ke apa, rupanya..... seorang remaja dalam lingkungan 20an memakai t-shirt berkolar warna ungu gelap sedang berlari menuju kearah belakang kedai sambil memegang tas tangan berwarna hitam. dan yang lebih mengejutkan aku bila seorang lelaki tua memakai kain pelekat n berjubah putih sedang mengejar peragut itu. lepas tu barulah ramai anak2 muda tolong mengejar dan dipendekkan cerita...........peragut itu tidak berjaya melepaskan diri. apa yang terjadi lepas tu aku sendiri tak sanggup nak tengok, kemungkinan besar si peragut itu dibelasah org sampai lembik. mengikut cerita mak cik kat situ, kalau peragut, perompak , pencuri @ macam2 pe.. lagila, kalau dapat di tangkap memang tak selamat.
kepada kaum perempuan, jika anda sedang makan sila kepit beg tangan anda kerana kecuaian anda akan menyebabkan anda diragut. berhati2 lah di mana jua anda berada.......... 1st time aku tgk membuatkan aku sendiri fobia, so skang ni g keje pon beg bersilang, walaupun aku pakai baju kurung,,,,hikhikhikhikkkk (*_*)
No comments:
Post a Comment