klik2

klik2
nurul syuhadah

Monday, June 27, 2011

tAhAjUd CiNtA

Firman Allah Taala: Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkanengkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)

Definasi tahajjud:

Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur

(Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi’i)


Solat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, antara lain dijelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga.

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga.


FADHILAT SOLAT TAHAJUD

1. Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.

2. Mendapat keredhaan daripada AllahSubhanahu wa Taala.

3. Dapat mendekatkan diri kepada AllahTaala.

4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.

5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mncegah

daripada melakukan dosa dan kejahatan.

6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.

7. Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.

8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan

yang tinggi.

9. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.

10. Diringankan hisabnya.

11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.

12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak


source from

http://www.apadmedia.com/tazkirah/lestari-iman/solat-tahajud-fadhilat/

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/14/fadhilat-kebaikan-dan-keistimewaan-solat-malam/

http://amanah2u.com/?p=388


No comments:

Post a Comment