mimpi........mimpi yang di alami dalam tidur atau ketika kita berada dalam keadaan tidak sedar. selalunya mimpi itu memang indah kerana ia nya hanyalah fantasi, mungkin juga petunjuk dalam kehidupan seharian kita.
realitinya kehidupan ini mungkin jauh berbeza dengan mimpi yang kita alami. mungkin ianya hanya mainan syaitan atau mungkin juga ianya petunjuk buat diri kita untuk meneruskan kehidupan dengan memilih jalan yang betul.
indahnya mimpi itu........
kalau sebelum ni kita asyik melihat cerita atau drama di televisyen contohnya sinetron, yang mana hidup hero atau heroin itu sendiri sentiasa di uji. kadang2 hanya kerana perkara kecil, berlakunya persengkataan yang besar. itu dalam sinetron.......tapi tak mustahilkan bila ianya benar2 berlaku dalam kehidupan seharian kita???
apa yang kita lihat, apa yang kita tonton itu sebenarnya banyak memberi kita pengetahuan akan realiti sebuah kehidupan. kita takkan sentiasa gembira, kita jugak takkan sentiasa bahagia. hakikatnya kita di kurniakan dengan pelbagai perasaan seperti sedih, gembira, kecewa dan macam2 lagilah. oleh itu, tuhan nak kita rasa semua perasaan itu supaya kita sentiasa sedar n bersyukur dengan segala nikmat yang telah di berikan olehnya.
ramai yang menyangka setiap perkara yang berlaku adalah takdir yang ALLAH telah tetapkan pada diri mereka tanpa mereka sedar bahawa apa yang berlaku adalah hasil dari setiap perbuatan mereka sendiri.
“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri ” ( Surah Ar-Ra’d 11 )
sebenarnya kita perlu berusaha sebelum kita tawakal pada ALLAH atas sesuatu yang kita lakukan. kita tak boleh sewenang2nya menyerahkan segala2 nya pada takdir. kebiasaannya orang akan menyatakan
" bayi yang baru lahir ibarat kain putih, dan kitalah yang mencorakkan mereka"
mengapa tak kita sebut " takdir yang akan mencorakkan mereka?"
setiap yang belaku dalam hidup ini pasti ada pasang surutnya. kita lah yang menentukan jalan hidup yang kita pilih. tapi jangan pernah lupa untuk minta petunjuk dari ALLAH agar jalan yang kita pilih itu tidak menyesatkan kita.
jika kita di uji bukan bermakna berakhirnya hidup kita. sebenarnya dari situlah bermulanya kehidupan kita. bersyukur lah dengan setiap ujian yang ALLAH turunkan dalam hidup ni kerana pasti akan datang kebaikan di sebalik ujian yang kita lalui. hadapilah ujian itu dengan sabar dan tabah, insyaALLAH....... kita kan melihat cahaya disebalik ujian itu.
jangan pernah lupa untuk bersyukur, jangan sesekali menyalahkan takdir dan jangan hanya berserah pada takdir. realiti sebuah kehidupan takkan akan seindah mimpi yang kita lalui.
"KADANG2 ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, DIA DATANGKAN HUJAN PETIR, KITA BERSEDIH DAN TERTANYA2 KEMANA HILANGNYA MATAHARI, RUPA2NYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH"
jangan sesekali berhenti berdoa agar kita dikurniakan kehidupan seindah mimpi kita............
No comments:
Post a Comment